Retreat Pemuda PAS Kawasan Serdang

Bismillah,

RETREAT DEWAN PEMUDA PAS SERDANG

6 Julai 2009 (Isnin), Dewan Pemuda Pas Kawasan Serdang telah berjaya melaksanakan program RETREAT PEMUDA pada 4-5 Julai 2009 di Dusun Eco Resort, Pahang. Peserta program seramai 50 orang yang terdiri daripada EXCO DPPKS dan ketua-ketua pemuda cawangan.

Alhamdulillah, berkahirlah sudah program Retreat Pemuda PAS Kawasan Serdang bermula 4hb Julai dan berakhir 5hb Julai 2009 di Dusun Eco Resort.

Perjalanan memakan masa selama 1jam +- dari Kajang.

Aku dengan selamber menumpang kereta honda City Ust Abu, bersama Ust Hasbullah, Engku Faizal dan Ikhwan. Perjalanan yang dijadualkan bertolak 10.30 pg terlewat sehingga jam 11pg. huhu.. Ada masyaqoh sket. Yang pasti bukan aku yang lambat. Jam 10pg aku dah bersiap menjadi penunggu di pintu pagar rumah.

Namun, 10.45 baru aku bergerak dari rumah. Itulah perancangan manusia, tetapi Allah yang menentukan. Setibanya kami di pejabat Adun, Pengarah program sudah mula marah2, kerana dalam kereta yang aku naiki ni ada seseorang yang menguruskan hal pengangkutan. Bas sudah tiba setendah jam td. Oleh kerana kami lambat. maka lambatlah perjalanan kami.

Setelah Bas tiba, kami terus memunggah barang ke dalam bas, dan tunggu apa lagi.. sesi berposing dan bergambar sakanlah bersama YB Adun Bangi. Tapi gambarnye takde lagi. ada dgn cameraman.

Tepat jam 11.11 pg kami bergerak. Dan Alhamdulillah kami tiba di Destinasi jam 12.12 tengahari. Yang meresahkan kami. Tiba disana, tiada talian telefon. Hanya Maxis dan Digi saje.

Papan tanda disitu ada tertulis, untuk liputan terbaik hanya dipondok ini sahaja untuk Maxis dan Digi. Masing2 dah kerisauan dek kerana tidak dapat menelefon isteri tercinta.. haha. aku dengan senang hati kerana tiada siapa dapat menghubungi aku. bermakna aku bebas dari telefon. wahaha..

Dipapan tanda yang terpampang dipondok itu juga tertulis. Apabila bas sudah sampai. Sila call untuk urusan pengangkutan. Pengarah dah mula gelisah kerana tiada liputan telepon celcom. Nasib abik ada peserta yang menggunakan Maxis. Dapat jugalah menghubungi pejabat.

10minit kemudian, kami dikejutkan dengan deruman enjin yang begitu kuat. sdeperti sebuah kapal layar!! (Kapal layar ada bunyi ke? haha) macam kapal terbang.. wahaha..

Sekali lori da.. Punya la laju driver tu bawak. macam pelumba rally gayanye.. berderau darah kami dibuatnya. mau ada yang tercicir ni karang..

Taklimat oleh Pengarah Program, Abang Kerdee (Abe), merupakan Naib Ketua Pemuda

Peserta-peserta

Aktiviti dalam kumpulan (ADK)


Aktiviti senaman pagi


Terjunan terakhir Flying Fox oleh Ketua Penyelaras Amal Kawasan merangkap Timb. Ketua Pemuda
Fuh, memang best la. Nak2 mase tergantung kat Flying Fox tuh.. Hua3.. Rasa tak nak turun jer.. Aku sebelum Ust Khairil Anuar nih.. Macamana xmasuk gambar nih.. hehe..

Melalui Jambatan Gantung (yang akhir tu... KP Serdang, Sdr Adram Musa)

Pergh.. Gayat jugak ar lalu kat jambatan gantung nih. Ye ar korang bayang, 100meter tinggi tu. Dah la kena pijak satu kabel jer. Bukan papan besar. Mase tak gayat. Seb baik tak terkucil.. hua3..

IKRAR PEMUDA... akujanji taat setia memberikan komitmen kepada DPPKS.

So, Selamat Berjuang wahai Pemuda. Nak bagitau. Tempat ni memang best. Sape nak wat reunion boleh ar. Kpd ex-imtiaz or smaasza yd duk UIA, USIM, dll bleh ar kita jumpa kat sini. BUkan jauh pun kalau dari gombak. Setengah jam jer..

K, renung2kan dan selamat beramal.

0 komen mengomen :: Retreat Pemuda PAS Kawasan Serdang

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers