Musafir Ke Terengganu Last Edition.. :)

Bismillah..
Aku : "Sambungan dari yang lepas, muka surat berapa?"
Ana : "m/s 50"
Aku : "huish.. banyaknyer.., Bab apa?''
Ana : "Memandikan jenazah"..
Aku : "woi.. bila masa plak aku mengajar kitab muniyatul musolli ustaz azhar nih.." hehe..

Ok la, lepas waktu Dhuha hari selasa Abd Muiz datang ambik aku dekat rumah Along dkt Taman Permint Jaya, Chendering..

Muiz : Assalamualaikum."
aku : Waalaikumsalam syeh.. ada mana tu?"
Muiz : Nok g ambek enta ar..
aku : ok, beres2, mari ar ambik dekat permint nih, umah along ana. dekat ar dengan umah lama enta.. jangan masuk simpang rumah lama ana, enta terus je sampai masuk kampung.."
Muiz : ok2.

10minit kemudian..

Muiz : Helo min, umah yang mana satu?
aku : ala, lorong nak pg umah JKKK tu..
Muiz : Yg dekat dgn rumah warna oren ni ke?
aku : entah la.. nak tgk kejap.. haah.. dekat la tu..
Muiz : Ok2, ana cari..
aku : ok2, berenti2.. dah nampak dah..
Muiz : ok..
Aku : parking la masuk dalam (saje nak perabis kredit, haha)
Muiz : ana nak masuk la ni..
aku : ha.. tunggu pe lagi jalan la.. (tak berenti lagi cakap walaupun dah masuk kereta, haha)

Kami pun bertolak la ke SMA(A)SZA..

Alhamdulillah, sampai sana meriah. ramai kawan2 yg dah lama tak jumpa.. Muzani, (aik? kata nak datang 17/18hb.. aleh2 dah ada.. rindu kat zaujah ke? haha) Kamal, Zahani, Azidi, Muiz, Hakim, Amir, Shuk, Syafiq Hilmi, Ulwan, Qatadah, Hamdi, Azuwan, Bukhari, Kdin, Aiman, Fakih.. Fuhh.. ramai la.. Syok giler.. Rindu kat korang..

Lalu azan zohor pun berkumandanglah walaupun kat surau xde microphone.. Ish.. Sekolah aku yang punya kaya xde mic? Sape la yang suka sangat kebas nih. Nak beli la sendiri. Ko ingat ko punya ke? ish3.. (kpd yg faham je la aku tujukan ayat nih, hehe)

Lalu kami pun solat berimamkan Bukhari..

Selesai solat, aku duk melepak sembang2 bawah pokok kat tepi surau nih.. Mmg syok abis la..
Ngaumm.. Alamak, perut dah mula nak melantak nih.. Terpaksalah aku cari kedai makan. Lalu aku dengan selamber tak malu menumpang kereta Avanza Azidi.. Kami ke medan selera Batu Burok di kedai bernombor 10. haha.. aku ingat lagi.. tp sori ar henset rosak, musafir kali ni xdapat ambik banyak gambar..

aku : nak makan ape?
azidi, fakih, que : ntah la labu..
aku : nasi ayam jer senang..
budak tukang amik order : Nak makan ape?
aku selaku jurucakap mengoder : Nasi ayam empat sambil menunjukkan jari 4..
bdk tukang amik order dengan suara yang lantang memesan kpd tukang masak : Nasi ayam four.. (fuh, bukan sembarang bdk nih, speaking tu..haha)
aku : bg saya ABCD, que? Teapeng (Teh ais ler) Fakih?-Sama. Zidi? Tea O peng..

Lepas makan aku ler nampaknye kena bayaq.. aku kuarkan note warna merah jer. Tak cukup korang tambah ler yer. hehe

Lepas makan konyang2, kami ke pustaka seri intaN untuk membeli cardholder untuk diberikan kepada fasilitator & organizer program nnt.

Tengah sedap2 parking dkt depan tu, si pegawai MBKT dtg mengganggu kekhayalan aku yg duduk ditempat pemandu.. aku tengok jer pegawai tu wat dono.. haha.. Last2 dia bengang.. dia ketuk tingkap.. "Dik, kat sini tak leh parking.." "eh sukati la.. haha"
Lalu aku dgn perasaan kesian dkt pegawai tersebut, aku dgn fakih pun beredar la.... Azidi n qatadah dah pg beli barang..

Selesai urusan dengkat BANDARAYA WARISAN PERSISIR AIR, aku dmenurunkan diri dekat Pejabat Perhubungan "titt" Negeri..

Ya Allah, rindunya dekat pejabat nih.. Tempat ni la yg selalu aku usrah. tempat ini aku ditarbiyah oleh ust Mizan, Tempat ini aku berusrah dgn USt Mohd Nor Hamzah (sekarang Adun Bukit Payong), Disini jugalah aku kenal dengan pimpinan. Ya Allah, nikmatnya berjuang dijalan-Mu. Terasa begitu nikmat. Hanya kami yang tahu.. Malam itu kami berempat. Aku, Muzani, Kamal dan Aiman berpakat untuk menziarahi Ust Mizan yang baru mendapat cahaya mata mujahid ke-3. Wan Abdul Hadi yang baru berusia seminggu. Kami pun berpakatlah membelikan hadiah untuk mujahidin kecil comel ni. Alhamdulillah, sampai jugaklah kerumah ust walaupun kami tersesat, tersilap lalu jalan jauh. Kamal dan Aiman dah sampai lama. Hahaha.. wat malu kompeni jer. Tapi dengan selamber kami jawab, Aku orang Selangor, Muzani org melaka. Biasa la tu sesat. haha.. Nak cover malu.

Dipendekkan cerita.. Hari rabu, jam 9pg kami ada kelas tafaqquh nahu bersama Ustzh Hajah Amnah. Kelas ni mmg jarang org mengantuk, sbb cerita lebih banyak daripada madah yang diajar, mcm2 bab la masuk.. haha.. hanya kami yang tahu. Antara pesanan yang diberikan hanya 3perkara perlu kami buat. 1. Puasa 3hari dalam sebulan. 2. Solat Dhuha 3. Solat witir tiap2 malam.

Habis jer kelas tafaqquh, trus g melepak kat surau. tempat biasa la. Lepas solat dhuha. Sekawanan manusia yang aku dah lama tak jumpa. Ex-imtiaz Dungun Wafi ismail(gemok)-> Skang kat Kudqi, Abdullah Azahari (Bukan Ust Azahari mujahidin tu ye)-> Baru habis persijilan DQ, nak pg Mesir wat medic. Syazwan Sabran->baru habis TESL dkt Penang, nak fly ke Aussie dan Ust Danial Razali-> Balik bercuti(skang blaja kat Yarmouk Univesti, Jordan.

Selepas Zohor,
Aku dgn hakim balik rumah along ambik beg baju, sbb esok dah start program.. Aku ni mmg tak rajin bawak kereta manual. Terhuyung hayang dibuatnya.. Mabuk org belakang.. haha.. Sori la kat Amir dgn Muiz. Sampai kat rumah along, cari2 kunci aiseyman. Kunci tinggal kat sekolah. plak Senduk betul. huhu.. terpaksalah patah balik. haha..

Dalam perjalanan nak patah balik, sempat lagi melancong dekat Terengganu Equetrian Resort(TER) Hajat dihati nak main boling, tapi gelanggan penuh lak, org dah tempat. Sampai kat depan tu tgk ex_IMtiaz td pun nak pg main jgk.. Dengan hati yang sedih, kami balik begitu sahaja.. huhu..

Akhirnya kami melepak jer la dkt SMAASZA.

Khamis, Kem Jati Diri Pelajar Ting. 4 pun bermula. Dimulai dgn sesi taaruf. Riadah dan aturcara yang telah direncanakan. Aku jd fasi jer. Tak pening kepala nak fikir pasal program. hehe..

Selepas Kem Jati Diri pelajar ting4 pada hari sabtu. Petang itu hajat dihati nak tido rumah Muzani, tapi malam tu ada USrah Bersama USt Mizan. Suatu perkara yang dah lama aku tunggu. Tapi asik tak berpeluang. Memandangkan tiket dah beli untuk balik ke Kajang pada Sabtu malam Ahad. Terpaksalah aku jual kembali, walaupun kerugian RM5. Namun aku tak kisah jika habuan yang aku dapat tidak ternilai dgn wang ringgit. Ukhuwwah yang telah kami bina selama ini lebih manis dan berharga. Jadi, lepas membuat pakatan untuk berkumpul di Masjid Pengadang Baru. Sepatutnya semua solat disitu, kerana ada ceramah/kuliah maghrib daripa Ust Tuan Ibrahim Tuan Man. namun kerana keletihan selepas program. Kami memilih untuk berehat sahaja. Aiman pulak kena demam campak. Syafakillah. hehe.. Lepas rehat tu aiman dah sihat sket.. Lepas solat Isyak kami berkonvoi kerumah Ust Mizan. 3buah kereta, 6buah motosikal mengegarkan jalan padang midin. Seperti yang dijanjikan jam 10malam Ust bru habis mengajar disurau. Liqa' yang dipenuhi dengan ilmu dan barakah ini habis tepat pada jam 1pg. Sangat menginsafkan dan mengislah kembali diri yang banyak menyimpang dan lalai dari jalan dakwah. Habis itu, kami sekali lagi berkonvoi pulang. Sampai di Bukit Besar, masing2 berpecah ke destinasi yang dituju..

Lalu, Aku, Muzani, Shuk, Nabilli, Bukhari, Aiman, berpakat untuk tidur di Surau berhampiran rumah TOk wan Muzani di Losong. Alhamdulillah, sekurang2ny ada tempat kami berteduh. Keesokan harinya, selepas Subuh Khairudin awal2 sudah bertolak kerana ada komitmen lain. Aku respek dkt Khairudin sbb sanggup datang dari Paka walaupun semalam turut serta dalam program. Lepas waktu dhuha Shuk dan Nabilli pula pulang ke Kampung mereka di hulu Terengganu@ KB (Kuala Berang) hehe..

Kemudian disusuli Bukhari, selepas kami bersarapan di Chabang Tiga. Bukhari dan Aiman bertolak pulang ke Dungun. Aku dan Muzani balik kerumah Tok Wan. Sebelum Zohor, kami berpakat untuk kerumah Kamal di Seberang Takir. Hajat nak naik motor je. Tapi Alhamdulillah, amir pun nak turut serta. So, kami pun naik la kereta Honda City baru amir. Kemudian kami ke Rumah hakim yang tak jauh dari rumah kamal. Kami makan tengahari di Pantai Telaga Batin. aku, amir dan Kamal memesan Nasi Goreng ISA dan Radix peng. Muzani Nasi Goreng Pattaya.

Dalam perjalan balik elepas tu ada satu lagi perkara yang amat membekas dihati dimana sebuah keluarga berehlah ditepi pantai. Si Ibu dan Ayah duduk dimeja lain, manakala anak2 di wakaf yang satu lagi. MasyaAllah. Indahnya Baitul Muslim, anak2 pula memahami Ibu bapa mereka juga perlukan ruang untuk berdua2an. Inikan lebih baik berbanding berkapel tak tentu hala.. Ya Allah, kurniakanlah aku isteri dan anak2 yang soleh solehah.. (Doaku dalam hati)
Moga2 mereka bahagia.. doaku.. amin..















Tak sempat la nak update gambar lagi.. Sori.. pasni ek.. ana kena bersiap. esok ada Retreat Pemuda PAS.. Sekian. Wassalam. Seeru Ala barakatillah.


5 komen mengomen :: Musafir Ke Terengganu Last Edition.. :)

  1. (aik? kata nak datang 17/18hb.. aleh2 dah ada.. rindu kat zaujah ke? haha)

    huh..kene ambe..
    ana xdok zaujah lagi laaaaaaaaaaaaaaaaa....huuuu:)

  2. Hahaha.. gurau jer..

  3. salam..hmmm xlme dah shbt2 ana ni..ana jer yg senang..single huhu

  4. ecece ulwan....huhu,banyak bergurau pulak kita ni..takpelah,hanya kita yang saling memahami..dah namanya sahabat2.Tapi sentiasalah kita kekalkan saling memperingati antara satu sama lain.uhibbukum jami'an lillah.

  5. info tentang demam campak kat sini - Demam Campak Berjangkit

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers