Expedisi Durian..


Laluan kami untuk pergi lebih tinggi ke atas bukit tersekat dek kerana roadblock oleh pokok getah tumbang.. terpaksalah bersihkan..




Aiman, Abg Tg dan kama. Aiman dah Tak larat nak bawak durian. Kamal dgn Abg Tg masih steady..
Tak pernah tengok durian la katakan.. hehe..


Bangza dengan kasut botnya..


Ha.. pondok nih la yang runtuh.. lupa lak nak amik gambo.. hahaha..


aku dgn abg tg ngah rilek2 lepas membaham durian..


perjalan yang kami lalui penuh onak dan duri..


terpaksa meredah ladang kelapa sawit. jalan cukup berdebu dan berbatu. menyukarkan kami untuk merempit dengan kelajuan maksima.


Rumah atok aiman..


Durian ke ni???


Aku naik dgn Bangza..


LC sape dalam hutan nih???


Durian2.!! Teriak aiman.. kah3..


akulah pemain bola sepak yang pergi mengutip durian.. hehehe..


pergh. kasut baru bawak pg hutan, siap sembur bagon lagi.. (Bagon tu racun taknak bg pacat naik dkt kaki).. huhu


Kami parking disini kerana ada rodblok..


bukit yang bakal kami daki.. fuhh!!..


Bangza dengan machonya menunggang moto..


Tokki taiko.. yang depan skali.. payah nak dapat gambar tokki. Laju giler bawak..


FRU terlepas kat manir..


rehat2 jap.


Test kasut bot..


aiman n kamal


Kata tokki, isi minyak penuh2 nnt dah takde stesen minyak kat dalam hutan nung..


aik? Macamana moto alidavidson aku bertukar jd EX5 nih? musykil2..


Trafiq light dkt Durian Burong..


Abg Tg yang control macho.. hehe


Ust kamal..



Bismillah, Alhamdulillah.

Assalamualaikum w.b.t.

Berpagi-pagian aku dan sahabat2 menyiapkan diri untuk melaksanakan satu misi dan ekspidisi yang telah dirancang semalam. Tapi kena amik turn la nak mandi. Aku jugak yang last, tapi sebab aku mandi cepat. Tak banyak beza. hehe.. Usai solat subuh, Aku, Aiman dan Muzani mempersiapkan diri untuk ke rumah Tokki Aiman di Manir. Aiman kata kena pakai kasut but. Malam td tengah aku duk layan laptop, aiman call zahani untuk mempastikan dia dtang esok. Aiman kata "Pakai kasut but.." Zahani jawab "Doh, bot nok pakai kasut nape?" Haha.. Aiman dengan bengang menjawab. "Bukan kasut bot, kasut but la.. " Teringat aku perbualan dengan Hafiz Karim dalam perjalanan ke Terengganu baru ni.
"Mung balik UIA naik pe?"
Hafiz "Aku mari naik moto la"
Aku "Haa? Mung naik moto dari ganu nung? Gila jauh.."
Hafiz "Ho la.. Motobot" sambil ketawa dengan nada angkuh Hahahaha.. (hampes tul)


Kami kelewatan, sepatutnya 7.30 sudah berada di Kedai makan untuk bersarapan seperti yang dirancang dengan atuk aiman. Namun 7.45 baru kami tiba. Aku, Kamal, Aiman, Muzani, Zahani dan Abg TG bersarapan pagi disana. Tokki aiman sudah sedia menanti.

Usai sarapan, kami berkonvoi menaiki 5buah motosikal. AKu dengan Muzani, Aiman dgn Kamal, Manakala Zahani, ABg TG dan Tokki masing2 membonceng sebuah motosikal. Konvoi kami diketuai tokki. Hehe.. Otai lama la katakan.

Dari Losong, kami menyusuri "Durian Burong"(Saje nak sebut Durian Burung, biar ada orang terasa sket,hehe) melalui jambatan manir. Akhirnya kami sampai di Rumah Tokki. Perjalan hanya mengambil masa 5minit. Tokki dengan gaya koboinya menyarung Kasut But kesayangannya. haha.. Sambil aiman turut meniru aksi yang sama. Cucu la katakan..

Aku plak terpaksa la sarung kasut jalan aku. dah takde kasut lain. huhu.. baru beli seminggu. Habis la kasut casual buat masuk hutan... Kamal jgn citer ar.. macam FRU. hehe.. Abg TG lak lagi masyuk. Pakai kasut bola terus. Katanya lebih cengkaman. haha.. Zahani rumah die memang ada kebun. so ada la kasut but. Muzani rumah jauh, kat melaka. jalan plak slalu pakai sandle. so, pakai je la sandle tu masuk hutan..

Perjalanan mendaki bukit begitu menenagkan hati, udara segar, kedinginan dan suara unggas tidak pula kedengan. mungkih masih tido lagi gamaknya. laluan berbatu dan berliku begitu mencabar sanubariku. namun kerajinan luarbiasaku membuatkan bukit yang semak samun menjadi luas, terang benderang. haha.. Astaghfirullahalazim..

Haa.. Jumpa2!! Teriak aiman. Berlari2 kami pergi menengoknya. macam org jakun la plak. haha.. Maklumlah, dusun dia yang punya. huhu.. aku plak masih tidak ketemui satu durian pun yg gugur. yang kujumpa durian atas pokok banyak la. hua3.. jeles betul aku.

Tengah duk mencari, kamal dapat satu panggilan. Tak lama lepastu ada orang menjerit.. "KAmal dapat calon terbaik stam peringkat kebangsaan!!!" Alhamdulillah. Tak sia2 tolak pinjaman yayaasan. Dalam duk mencari tu pun macam2. "Aku" sakit perut lak.. mane nak cari tandas dalam hutan nih? Aduih.. mampus aku.. Nak keluar balik ada la dalam setengah jam.. huhu.. kawan2 lak wat tak tau jerk.. hampes.. sabor je la. Akhirnya kesakitan tu hilang. mungkin sebab makan durian. hehe..

Habis dusun yang pertama kami ke dusun yang kedua pulak di Payan Kayu, Kuala Berang.
Kat sini dekat jer jalan masuknya. tak perlu mendaki bukit yang tinggi. sekadar tebing setinggi 1meter. Wah.. memang besar pokok duriannya. Sekitar 3pemeluk orang besar. Kami pun tanpa berlengah terus menerkam durian2 yang jatuh berguguran bak sajli di musim hujan.. ade ke? hantam sajalah.. hehe..

Dah kumpul2 tu ape lagi.. Balun la plak durian tu puas2.. tengah sedap duk makan2 menikmati durian melaka tu. Tiba-tiba.. krash.. Gedebuk.. (dalam hati aku berdegup kencang giler) lalu dengan sepantas kilat melarikan diri ketakutan.(langkah seribu) Takut durian jatuh atas kepala. adeh.. kecut perut semua.. haha.. termasuklah aku skali. 10meter jer buah tu jatuh depan aku. fuh.. nasib baik sempat lari. Alhamdulillah..


Akhirnya setelah penat lelah mengumpul durian, 3 guni kami dapat bawa pulang.. Alhamdulillah. Indah sungguh kenangan aku bersama mereka..
Aku kepenatan, mujur jugaklah aku dengan Bang Za tak kena gigit pacat.

Yang bestnyer bila kamal, aiman dgn abg Tg duk dkt pondok dalam dusun tu. tengah duk sembang2. prakk!! Gedebum.. bangsal runtuh.. hahaha.. kamal berat sangat rasanya.. takpun aiman.. hehehe.. Tokki tergelak besar.. kah3..

7 komen mengomen :: Expedisi Durian..

  1. huhu...indahnya ble kte brsama kn..tp g2 lah..ade sokmo y terkena kn??kn??kn??...

  2. seronoknyer korang leh pegi ambk durian masuk hutan..ana jer yg x dpt pgi..sedihnyer

  3. Ye mmg seronok..xpe ln kli kte g plop wahai musafir..

  4. salam,ana nok g tek cri durian...bkpe x kbo kamal bleh clon terbaik stam peringkat kebangsaan?nampok r awk ng.....gne ade x org demam mkn durian.....msti panas mlm 2 kn....

  5. Dakpe, pasni kita g ramai2 insyaAllah. enta balik ar ganu. TOkki aiman ajok dh tu bila nok pg pulok.. takdok org demam panas eh.. steady blake.. Alhamdulillah. Eh, ana tulis doh kamal dapat jd calon terbaiki stam peringkat kebangsaan.. baca skali lagi.. hehe..

  6. min...bwk blk kl sket..weh..teringin nk makan durian kg ni...masuk tupperware..bungkus kemas2..seal tebal2...bwk blk kl tau...mengidam ni!!!

  7. ish3..hepi go lucky die jupe durian..tapi ana musykil 1 mende la...await time kat durian 2 cam ade 1 "treatmark je"???em...huhu

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers