PPSMI: Dr Mahathir minta undian pembaca blog


kemaskini 4.08pm Bagi menguji sikap terhadap dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan undian isu tersebut di blognya mulai hari ini. Che Det

"Saya tidak terperanjat mendengar kekecewaan dan malah kemarahan terhadap kerajaan berhubung keputusan (memansuhkan) pengajaran Matematik dan Sains," katanya petang ini.

"Nampaknya, kerajaan tidak mendengar suara rakyat."

NONEMenulis di blog peribadinya, mantan perdana menteri berkata "mungkin undian di blognya boleh mencelikkan mata kerajaan bagaimana pendapat orang ramai" berhubung keputusan semalam.

Dasar kontroversi PPSMI dimansuhkan sepenuhnya mulai 2012 seperti diumumkan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, selepas jemaah menteri menyokong pembatalan dasar yang diperkenalkan oleh Dr Mahathir pada 2003.

Susulan keputusan terbaru kerajaan, di sekolah kebangsaan, bahasa Melayu akan menggantikan bahasa Inggeris untuk mengajar dua matapelajaran itu, manakala sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing.

Soalan yang ditanya di undian Che Det berbunyi "Apakah anda menyokong keputusan kerajaan untuk mengajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Malaysia?".

Pembaca yang menyokong pemansuhan PPSMI harus menjawab "ya", dan mereka yang ingin mengekalkan dasar tersebut "tidak".

Setakat jam 4.08 petang, 1,880 undi atau 72 peratus menolak pemansuhan PPSMI, manakala 520 undi menyokong pengumuman kerajaan semalam.

"Saya akan cuba memaklumkan kepada kerajaan tentang pendapat anda," kata Dr Mahathir lagi.

Semalam, beliau menafikan bersetuju dan menerima pemansuhan dasarnya itu, sekali gus bertentangan dengan kenyataan Muhyiddin sewaktu mengumumkan perkara berkenaan.

"Kerajaan sudah buat keputusan. Saya cuma diberi taklimat, saya cuba beri cadangan, minta kalau tak boleh dibuat semasa sekolah rendah, sekurang-kurangnya di sekolah menengah, tapi mereka tolak dan tak terima.

"Jadi itu bukan consultation (perundingan), tapi cuma taklimat," Dr Mahathir dipetik berkata.

Tokoh utama di belakang PPSMI itu juga dilaporkan berkata beliau "sedih kerana anak-anak akan jadi mangsa" dasar mengajar bahasa ibunda bagi Matematik dan Sains.

Sumber Malaysiakini

Komen aminmenulis. Jom same2 mengundi kat blog che det.. Terpulang kat korang setuju/tidak. Kalau aku memang tak setuju...
Renung2kan dan selamat beramal.

0 komen mengomen :: PPSMI: Dr Mahathir minta undian pembaca blog

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers