Musafir Ke Terengganu lagi..

Bismilillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum semua..
Alhamdulillah, ana masih diberikan peluang untuk menulis disini. Walaupun kurang sihat (Huma, cari la dalam kamus arab-melayu) Mungkin kerana terlalu letih.

Hari Rabu minggu lepas ana (aik.. ana plak, aku la best sket.) aku berada di Muar, Johor. Selama 4hari. Ada kenduri kahwin sepupu. Maklumlah, orang penting kena ada. Kalau tak, majlis tak berjalan lancar. ngee. :) Alhamdulillah dan tahniah kepada Along (asni, sepupu aku) dan suaminya Abg Yazid selamat diijab kabulkan pada hari sabtu, waktu dhuha. Keesokkanya hari ahad, bertolak balik ke Kajang, rehat2 kejap. Malam tu terus ke Terengganu.

Lepas maghrib terus bersiap, sbb hari ahad. So, xleh la g naik kereta. Jammed. Terpaksalah aku menapak naik komuter. Alhamdulillah. Kali ni cepat sket, sampai kat Stesen Putra dalam sejam jer. Slalu lambat. huhu.. Hampeh sungguh KTMB nih..

Alhamdulillah, Isnin pagi tu sampai di Bandaraya Warisan Pesisir Air. Jadi, banyak rehat je la hari Isnin. Pagi tu sampai, Abg Zahani ambik. Jauh gak ar umah die, dekat Serada. malam tu demam panas, lepas g klinik Muhammad, makan ubat, alhamdulillah, da ok. Mula2 nak pg Klinik Muslimah, sbb Tok Wan Muzani suh pg skt situ sbb dah biasa pergi situ. Tapi nama pun klinik muslimah, mesti lah Doktornya muslimah. Lepas tanya Muzani, mmg betul doktornya muslimah. Tak jadi aku nak pg, tp lepas lalu depan klinik Dr. Mohd. Tengok kereta dia takde. So, muzani pun pg la klinik muslimah. (Dalam hati aku, kurang selesa sket.) Lepas g tgk dkt klinik muslimah ramai org. Pg la Klinik Muhd, alhamdulillah tak ramai org. Cuma tak dapat la jumpa Dr Mad. Jiran lama aku. Lepas register, kami pun terus masuk. tak sampai 5minit tunggu. Muzani pun demam jgk. Da dekat seminggu. Tapi Masa kat klinik tu doktor chek dah kurang dah demam. So, xyah la makan ubat demam.

Harini (Selasa) ada perjumpaan dengan Ust Man untuk urusan melanjutkan pelajaran ke Mesir. 10orang jer, sbb kami/kitorang xpergi dibawah pinjaman yayasan terengganu. Persendirian. Muzani,(x dapat, sbb katanya mungkin sbb background keluar berpolitik) Kamal,(antara pelajar terbaik STAM Negerti Terengganu, tapi tolak pinjaman yayasan) Zahani (pun dapat jugak tp tolak), Aiman(Tolak jgk), Hakim(Tak dapat), Jihad(Tak mohon), Ulwan(Tolak), Aku(Tak berminat langsung) dan akhowat 2 orang(pun tolak jugak), Sebab taknak berhutang. Aku memang tak mintak pun. Tak lapo dengan duit diorang. InsyaAllah, ada le tu rezeki Allah dekat mana-mana. Alhamdulillah, semua dapat hadir kecuali aiman yang sedang berjuang di MU. Ni ada kat Losong, tido umah Muzani.

Ingat nak blik Kajang malam ni. Tapi smlm tgh sedap tido dapat mesej drpada Ibu. Bgtau diorang nak pergi terengganu petang ni. So, takyah la beli tiket. Balik skali dgn diorang hari Khamis. Tapi aku rasa cam nak blik ari sabtu jer. Sbb malam jumaat tu ada usrah. Dilema2.. hehe..

Sekadar peringatan. Ingatlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara. Muda sebelum Tua, Kaya sebelum Miskin, Sihat sebelum Sakit, Lapang sebelum Sempit, Hidup sebelum Mati..
So, nikmat sebenarnya sakit. Sebab mungkin sbgai kaffarah dosa2 kita. Aku mmg suka sakit. Sbb aku banyak dosa. Mungkin dengan cara ni dapat aku hapuskan dosa2ku yang melaut luas.. Terima Kasih Ya Allah kerana mengurniakan aku sakit. Aku brsyukur kerana engkau memberikan aku nikmat sihat. Alhamdulillah. Allahuakbar..
Renung2kna dan selamat beramal.

1 komen mengomen :: Musafir Ke Terengganu lagi..

  1. Dah lama tak pergi Terengganu.kali terakhir adalah pada tahun 2007,masa nak amik Aishah katjavascript:void(0) IMTIAZ..

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers