HASILAN KAJIAN BERKENAAN HUKUM VIGIL

Oleh : MPPH. Dewan Ulamak PAS Pusat

Pengenalan

Islam agama yang memberi keadilan kepada semua manusia samada yang
beragama Islam ataupun tidak. Oleh sebab itu, perbincangan Ilmu Feqah
diletakkan juga perbahasan berkenaan dengan ahli Zimmah (golongan
bukan Islam yang bernaung dibawah Negara islam.).

Allah SWT berfirman :

Maksudnya : Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan
berlaku adil kepada orang-orang Yang tidak memerangi kamu kerana ugama
(kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu;
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil.
(Mumtahanah : 8)

Sabda Nabi SAW :

عَنْ ‏عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو ‏ عَنْ النَّبِيِّ ‏صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏‏قَالَ ‏: ‏مَنْ قَتَلَ نَفْسًا مُعَاهَدًا لَمْ
يَرِحْ رَائِحَةَ الْجَنَّةِ وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ
أَرْبَعِينَ عَامًا

Maksudnya : Sesiapa yang membunuh seorang yang mempunyai perjanjian
(perdamaian), maka dia tidak akan dapat menghidu bau syurga, walaupun
syurga itu dapat dihidu bauannya sejauh perjalanan 40 hari. (Riwayat
Al-Bukhari)

Matlamat untuk membela keadilan semua golongan keharusannya adalah
jelas berdasarkan kepada penghujahan syarak, bahkan ia wajib ke atas
umat islam membela semua kaum dan bangsa tanpa mengira agama.

Isu nyalaan lilin atau dikenali sebagai VIGIL banyak dipersoalkan pada
hari ini, dan tidak kurang pula golongan yang sedang menunggu dengan
panapisnya untuk menangguk di air yang keruh.

Bagi pihak Majlis Pengkajian dan Penyelidikan Hukum (MPPH), isu ini
memerlukan kepada penjelasan terperinci terhadap umat islam khususnya
dan masyarakat Malaysia umumnya.

Setelah membuat kajian dan penyelidikan, kami dapati memegang lilin
tidak boleh disifatkan harus secara mutlak dan tidak boleh disifatkan
haram secara mutlak.

Ini kerana, tujuan dan cara penyalaan lilin serta sempenanya adalah
berbeza, menjadikan natijah hukumnya juga adalah berbeza.



sambungannganya sila rujuk : http://mpph.pas.org.my/

0 komen mengomen :: HASILAN KAJIAN BERKENAAN HUKUM VIGIL

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers