Solat Istiqsa? Apa tu?

Assalamualaikum(korang baca dengan nada suara profesor Izzy kat radio Era..)

Petang td ada orang tanya, "Min, solat istiqsa tu solat apa?" (haa.. Istiqsa? Solat kat masjidil aqsa la kot..) Baru pertama kali aku dengo.. mungkin sebelum ni ada ust Ngajo dalam kelas, tapi mungkin aku ponteng or berkhayal or tido.. huhu.. Ya Allah, jahilnya aku. Aku ni bawak fitnah je kepada agama, kepada daie, kpd jamaah.. teruknya aku..

Tapi solat istiqsa ada ke? Cari punya cari.. Akhirnya jumpa..

Jeng3.. Manede solat istiqsa.. Solat istisqa ada la.. hehe.. silap taip la tu..

Ha.. Korang nih tau ke tak solat istisqa tu apa? Aku mmg mengaku tak tau sebelum nih..

KOrang pun macam same jer dengan aku..? Betul tak? Tak baik tipu.. huhu

Solat Istisqa tu solat mintak hujan..



al-maklumlah sekarang nih musim panas.. hot.. dry.. ape orang panggil tu.. Elnino. ha, macam tulah lebih kureng..

Jadi..?

Meh kongsi sama2 sape yang tak tau tu. Yang dah tau bagus la. Sebagai ulangan jer..

Solat Sunat Istisqa (Minta Hujan) adalah solat sunat yang dikerjakan untuk memohon hujan. Tiga hari sebelum solat istisqa' segenap penduduk diwajarkan berpuasa dan meninggalkan segala kezaliman serta dianjurkan beramal soleh.

Pada hari keempat semua penduduk termasuk yang lemah akan pergi ke tempat yang lapang dengan berpakaian sederhana dan tanpa wangi-wangian untuk solat istisqa'. Solat ini juga diiringi dengan dua khutbah selepas solat.

Pada khutbah pertama hendaklah membaca istighfar 9 kali dan pada khutbah kedua 7 kali.


Ni je la yang aku dapat kongsi, kalau silap tolong tegur, kalau betul pun tegur la jugak.. KAli betul,betul,betul.. ha..

Renung2kan dan selamat beramal..


0 komen mengomen :: Solat Istiqsa? Apa tu?

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers