Tazkirah Hari Ini

Hadis Ibnu Abbas r.a. : Rasulullah Sallallahualaihiwasalam bersabda : Aku telah diperlihatkan oleh beberapa golongan manusia. Maka aku telah melihat seorang Nabi bersama satu kumpulan manusia iaitu tidak lebih dari sepuluh orang. Seorang Nabi bersama seorang lelaki dan dua orang lelaki dan seorang Nabi tanpa seorang pun bersamanya. Tiba-tiba diperlihatkan kepada aku satu kumpulan yang ramai. Aku menyangka mereka adalah daripada umatku. Tetapi dikatakan kepadaku mereka adalah Nabi Musa a.s. dan kaumnya. Lihatlah ke ufuk timur lalu aku pun melihatnya, ternyata terdapat satu kumpulan yang ramai. Dikatakan lagi kepadaku : Lihatlah kepada ufuk yang lain. Ternyata di sana juga terhadap satu kumpulan yang ramai : Ini adalah umatmu dan bersama mereka 70 ribu orang yang akan memasuki Syurga tanpa dihisab dan diazab. Kemudian Rasulullah s.a.w. bangkit lalu masuk ke dalam rumahnya.

Orang ramai telah berbincang mengenai mereka yang akan dimasukkan ke dalam Syurga tanpa dihisab dan diazab.Kemudian setengah daripada mereka berkata : Mungkin mereka adalah orang-orang yang selalu bersama Rasulullah s.a.w. Ada pula yang mengatakan : Mungkin mereka adalah orang-orang yang dilahirkan dalam Islam dan tidak pernah melakukan perbuatan Syirik kepada Allah. Mereka mengemukakan pendapat masing2. Ketika itu Rasulullah s.a.w. keluar menemui mereka lalu Baginda bertanya dengan bersabda : Apa yang kamu bincangkan? Mereka pun menerangkan keadaan tersebut. Maka Rasulullah s.a.w. terus bersabda. Mereka adalah orang-orang yang tidak menggunakan jampi mentera, tidak meminta dibuat jampi mentera, tidak meramalkan perkara-perkara buruk dan hanya kepada Allah mereka bertawakkal. Ukasyah bin Mihsan berdiri lalu berkata : Berdoalah kepada Allah semoga aku termasuk dari kalangan mereka. Rasulullah s.a.w. bersabda : Kamu termasuk dari kalangan mereka. Kemudian berdiri seorang lelaki yang lain lalu berkata : Berdoalah kepada Allah semoga aku termasuk dari kalangan mereka. Rasulullah s.a.w. bersabda: Ukasyah telah mendahului kamu supaya digolongkan dari kalangan mereka yang memasuki Syurga tanpa dihisab.

5 komen mengomen :: Tazkirah Hari Ini

  1. salam..huhu bagus tazkirah tu..postlah selalu..dah bleh tlong ganti tazkirah maghrib malam jumaat 30 ogos ni..kat surau padang nanas bleh dop min??nak dengar ulamak dari kl skali ni..hehe

  2. 30 ogos? Alamak sheikh. ana on da way ke KL masa tu. Nak g Demo.. Asif la.. Sekarang ni bizi sket. Dulu boleh la. Skang jadual ana padat.. hehe..

  3. eh bukan kita bertolak ke kl samme 30 ari bulan nnti??huhu..eh clap2 klu 30 ogos tu baru ari khamis kan?sempat lagi tu..hehe..klu cbuk pon sempat lagi kuliah maghrib jer..huhu..biase la jadual cbuk..kan pejuang islam...kewajipan lebih banyak drpd waktu yang ader..huhu

  4. haah.. lupe.. eh, ana balik kajang dulu rasanyer.. Maklumlah, lame doh xblik rumah ni.. huhu. enta tak kesian ke kat ana.. enta xpe rumoh dekat jer kat sini. Ana ni dah la musafir kelana. Hidup seorang diri. Orang dagang la katakan.. Transport pun xde. InsyaAllah, ada kekosongan ana maklumkan semula ye.

  5. huhu..bgus2..blh bg tazkirah ni..msti bnyk ilmu dlm dada..jmput bg tazkirah maghrib d kg losong..xde transport??..awat x habaq..

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers