Bodohnya Cuba Memperbodohkan Kita-Mahasiswa


Siapa sebenarnya yang tidak matang? Mahasiswa atau mamat bekas Timbalan Naib Canselor UITM ni? Korang tengok la sendiri.. hahaha.. Salute tu YB Saifuddin Abdullah. Jawapan yang macamtu sebenarnya kita mahukan. Terima kasih YB Saifuddin. Jangan berpura-pura Tan Sri.. Jom gelakkan Tan Sri ramai-ramai, sambil guling2..



Lihat video penuh disini

Kalau masih ada pemikiran sempit macam tan sri ni, sampai bila mahasiswa nak matang dalam berpolitik? Masih dengan persepsi takut mahasiswa menjadi agen pembakang/ anti kerajaan.
Bukan nak lihat apa punca mahasiswa berpihak kepada pembangkang? Antara sebabnya ialah orang yang berfikiran macam tan sri la.

Saya sangat setuju dengan pendekatan YB Timb. Menteri Pendidikan, bahawa politik yang kita mahu lahirkan adalah politik mendidik bukan mengherdik. Saya percaya jika mahasiswa diberi ruang dan peluang, mereka dapat berfikir secara rasional.

Dalam konteks untuk melahirkan politik yang matang, kita perlu lebih terbuka dan berhadapan dengan mahasiswa dengan cara yang lebih matang. Bukan dengan cara menakut-nakutkan. Seperti AUKU yang ada sekarang. Sebagai contoh kalau mahasiswa berkempen untuk parti politik pembangkang, mereka akan dikenakan tindakan disipilin dan sebagainya. Tetapi tidak jika mahasiswa tersebut berkempen untuk parti kerajaan.

Maka, terhasillah mahasiswa yang akan memberontak, kerana hak mereka dinafikan. Inilah yang silap, apa yang perlu ialah kita mahu mendidik akhlak dalam berpolitik. Maka, suatu hari nanti, tidak mustahil akan lahir suasana dimana tidak kira individu itu parti apa sekali pun, boleh bekerjasama dalam apa jua perkara kebaikan.

Dalam politik ada kala kita bercanggah, ada kala kita bersetuju. Yang baik perlu sama-sama kita sokong, yang kurang baik kita perbaiki. Dalam kelas kita sebagai pelajar menghormati guru, walaupun berlainan ideologi politik. Kerana apa yang paling penting adalah akhlak. Kita lahit hari ini, ramai mana pelajar/mahasiswa yang tidak menyertai parti politik tetapi melanggar peraturan universiti, tetapi bercanggah dengan pensyarah. kerana apa? Kerana tidak ada akhlak.

Maka, masalah keperibadian dan pendidikan ini yang sepatutnya kita terapkan, bukan mengongkong pelajar/mahasiswa daripada berpolitik. kerana proses kematangan seseorang individu itu bukan bermula sebaik sehaja diluar kampus, tetapi setiap hari mereka melalui proses pematangan.

Kerana, hari ini ramai mana yang berstatus mahasiswa, tetapi mereka adalah penjawat awam, menteri, dan golongan profesional. kerana menyambung pengajian lanjutan seperti master, PhD dan lain-lain. Maka, ini yang perlu kita sedar.

16 komen mengomen :: Bodohnya Cuba Memperbodohkan Kita-Mahasiswa

  1. ey, apa da.. ske2 je ckp mahasiswa xmatang.. pang nak?? ^_^ pastu cover la tu.. aiyook~ gelabah sudah~

  2. tu la, dia yg penakut sebenarnya.. tengok video penuh la, lagi best.. suka dengan sikap Datuk Saifuddin tu, walaupun dia ahli MT UMNO, tapi dia zahirkan kebenaran.

    Kita bukan tentang UMNO sebab nama dia UMNO, tetapi orang-orang yang ada dalam UMNO mcm tan sri tu.

    Kalau UMNO laksana Islam, kita wajib sokong!!

  3. This comment has been removed by the author.
  4. tu la pasal.. mereka2 itu baik sbnrnya.. tp sbb kuasa, jd kurg baik.. benarlah org kata, 'all power tends to corrupt, and absolute power corrupts absolutely..'
    berdoa je la agar mkin ramai pemimpin cam Datuk Saifuddin tu.. ^_^

    btw, nak link video penuh boleh x??

  5. Eh, silap tu. Kalau kuasa itu berpandukan Islam. InsyaAllah takkan jadi macamtu,

    sbgai contoh, Kelantan boleh bertahan walaupun majoriti satu kerusi, sebab dengan Islam mereka sedar kuasa yang ada adalah amanah daripada Allah.

    link video ada kat post.
    takpe lah, bg skali lagi.

    http://www.arakian.com/viewmedia.aspx?id=2056

  6. aigooo~ sorry2.. xnmpk ada link penuh kt post 2.. hu3~ nmpknya mmg kena tmbh power spek pasni.. ^_^

    btw, syukran atas semuanya..
    agak2nya bila la trg nk kmbali k pemerintahn islam ea?? =.='

  7. takep2.. lepasni pakai kanta pembesar. (n_n)

    afwan,
    terengganu akan kembali kepada pemerintahan Islam jika semua memainkan peranan menjadi ejen penyampai dakwah dan risalah Islam.

    Dan tugas itu pastinya menjadi tugas golongan berpendidikan seperti mahasiswa dan belia.

    Saya yakin, Terengganu pasti kembali bersinar dengan sinar Islam jika golongan muda ini dapat kita tarik dan menhayati ajaran Islam.

  8. oh ye..
    bila ckp sal ni.. mesti automatically, teringat sal pilihn raya.. ^_^
    sbnrnya, pernah terjumpa sorang budak.. dia mrh kita mengundi sape2.. xkira la umno k, bn k, even pas pon xbleh.. dia kata semua tu xberlandaskan islam.. dia kata jgn undi sape2.. tunggu sampai zmn kegemilangan islam smpai, baru kita bleh mengundi.. so, what's ur opinion?? =.='

  9. berjam menunggu video yg penuh 2 berjalan..huhu..
    memeng best kene hentam macam 2 dan kesian jugak sbb brfkiran mcm 2..
    syabas yb timb menteri..nmpaknye kita akn dpat mnteri pnddkan yg brfkiran jauh xlama lg..amiin

  10. Hahaha..mmg terbaik r video ni!! I like!

  11. Nusananosa : Xbleh dia kata gitu, cuba tanya dia balik..

    "dah, kalau tak melalui pilihanraya di Malaysia camner nak laksanakan hukum Islam?. Sebab dengan pilihanraya kita boleh memerintah, bila dah ada kuasa baru boleh laksana hukum Islam."

    tak gitu?

    Islam nak gemilang camner lg? Sekarang seluruh dunia mengamalkan pilhanraya untuk membolehkan seseorang memerintah. Kalau umat Islam tengok jer, maka orang kafir or jahil la yang akan berkuasa dan memerintah.

    bilanya Islam nak gemilang?

  12. fatin naemah :

    Yup.. tu yang ana kata, kita bukan tentang UMNO/BN atas dasar nama dia BN, tetapi org yang membawa UMNO/BN.

    Kalau yang memerintah orang mcm YB Saifuddin, benar, jujur dan bertanggungjawab. Tak mustahil kita akan sokong, dan perlu dilihat aspek2 lain.

    Namun, satu pujian buat YB yang berani, jujur dan bertanggungjawab dalam berhujah. Tidak nampak adanya satu kepentingan yang terselindung, sebaliknya verfikiran terbuka dan terkehadapan.

    Sesuai dengan suasana semasa yang rata-rata golongan muda mahukan transformasi dalam politik dan pendidikan tanah air.

  13. ramai dah berdebat nan dia sal p/raya tu.. tp dia wat dunno je.. dia kata xpyh nk mengundi2 nih.. adesss..
    pernah dengar x sal persatuan Hizbut Tahrir?? mereka2 ni la yg mendakwa jgn mengundi smpai la khilafah muncul.. kdg2 agak was2 dgn persatuan ni.. mcm plek je ajran mrk.. need ur opinion, please~

  14. hurm.. mmg susah kalau cakap dgn org camnih..

    niat hizbut tahrir tu baik, tp tidak kena dengan tempat dan keadaan kita di Malaysia yg mengamalkan sistem demokrasi berparlimen.

    Yg membolehkan sesuatu parti itu memerintah dengan cara bertanding dalam pilihanraya. Maka, untuk memunculkan khilafah islamiah, tidak dapat tidak perlunya ada tapak dan asas bermula dengan sebuah kerajaan Islam yang kecil.

    Barulah Islam dapat dilaksanakan, dan seluruh dunia akan melihat bagaimana sebuah pemerintahan Islam, dari situ mereka akan melihat keadilan dan kebijaksaan pemerintahan yang berlandaskan syariat Allah s.w.t.

    Sbgai contoh di Kelantan, bagaimana mereka mentadbir dengan acuan Islam. Walaupun tidak seratus-peratus undang-undang Islam itu terlaksana, tetapi sekurang-kurangnya sudah ada perlaksanaan hukum-hukum Islam, dan kita lihat sendiri kesannya kepada masyarakat bukan Islam disana.

    Jadi, tidak dapat tidak bagi kita di Malaysia, untuk melaksanakan hukum Islam sekaligus menyalakan semula bibit permulaan khilafah Islamiah adalah dengan cara bertanding didalam pilihanraya.

    Islam tidak hanya menganjurkan umatnya untuk berperang selagi mana ada jalan untuk melaksanakan hukum Islam, spt sirah nabi s.a.w. yang memberi pilihan kepada orang kafir samaada untuk menyerah diri tunduk kepada Islam atau berperang, dan ia bersesuaian dengan zaman rasulullah s.a.w.

    Begitu juga strategi dalam berperang, zaman rasulullah s.a.w. menggunakan pedang, anak panah, unta dan kuda untuk berperang, tetapi adakah ia sesuai untuk kita gunakan zaman sekarang yang sudah maju dgn kecanggihan senjata peperangan? Tidak dapat tidak kita perlu menggunakan teknologi yang ada sekarang untuk mengalahkan musuh-musuh Islam selagi mana ia tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

    Begitu juga pilihanraya, pilihanraya juga merupakan satu peperangan di Malaysia, disana perlunya strategi untuk memenangi pilihanraya,perlunya kekuatan jentera utk menyampaikan risalah kefahaman Islam kepada masyarakat, dan gerak kerja itulah yg perlu kita laksanakan sebagai orang yg mengucap 2 kalimah syahadah, buakn hanya mereka yg dilantik menjadi jentera pilihanraya shj.

    Kerana dakwah Islam itu tidak hanya terbeban kepada golongan tertentu sahaja, tetapi kepada seluruh umat Islam. Maka, senjata yang paling ampuh untuk kita memenangi pilihanraya adalah dengan jalan perang saraf serta penyampaian maklumat.

    Bila masyarakat sudah faham akan tugas dan tanggungjawab melaksanakan hukum Allah s.w.t. tidak mustahil suatu hari nanti kerajaan Islam akan memerintah di bumi Malaysia.

    Wallahua'lam, sekadar pandangan perabadi.

  15. ok~ paham sudah~ syukran~
    btw, pnjg komen ini.. sudah boleh wat post baru~ ^_^

  16. alhamdulillah, ana sampaikan je Allah yg beri hidayah dan kefahaman.

    Hehe.. takpelah,ana biasa komen lg best drpada posting. huhu..

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers