Bengkel Komik & Grafik [BAKAT '10] di Tanta

Alhamdulillah, selepas selesai Karnival Kenangan 80 Tahun PMRAM. KEKAL 2010 pada 5 Ogos. Aktiviti hamba tak terhenti disitu, lepas rehat sehari. Aktiviti lain menyusul. Pada 7 Ogos 2010. Bengkel Melukis & Grafik anjuran Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM) Tanta, telah menjemput krew al-Fityan untuk menjayakan program tersebut bertempat di markaz utama DMPT iaitu Bait Izzah.

Program yang bermula jam 8 pagi - 6.30 ptg tersebut telah dipenuhi dengan pengisian yang cukup menarik daripada krew-krew Al-Fityan. Antaranya teknik asas melukis, anatomi dan teknik-teknik lain yang berkaitan. Hamba yang terlewat, sempat untuk menyertai bengkel grafik pada sebelah petang. Iaitu slot Digital Colouring.

Program yang telah disertai 20 orang peserta itu telah dirasmikan oleh Badan Pengurus PMRAM, Saudara Mohd Faizuddin Ghazali merangkap Badan Penerangan & Penerbitan PMRAM 2010/11. Manakala perasmian penutup oleh Saudara Azlan Hj Alias, BP PMRAM merangkap Badan Lajnah Muhafazah.

Alhamdulillah, program yang diadakan kali ini telah dapat mencungkil dan menyerlahkan bakat-bakat muda dalam bidang lukisan serta perekaan grafik. InsyaAllah, tenaga-tenaga baru ini akan diserapkan menjadi krew-krew baru dalam unit Al-Fityan pada masa akan datang. Kepada mereka yang berminat dan mempunyai bakat terpendam, jangan ketinggalan untuk sertai bengkel-bengkel bersiri yang akan diadakan.

Kepada mana-mana BKAN & DPM serta Persatuan yang berminat untuk menganjurkan bengkel serta seminar berkaitan lukisan komik serta rekaan grafik atau design. Bolehlah menjemput krew kami ke tempat anda. Kami turut bersedia untuk mengadakan pameran. Layari portal rasmi Al-Fityan Komik disini.


Peserta khusyuk mendengar ceramah serta teknik yang ditunjukkan.


Sedang menyiapkan tugasan yang diberi..


Ust Alias sempat memperturunkan ilmu kepada peserta..




Caq sedang memperhatikan peserta, saya pulak tengok kamera sambil melukis. hehe..


Masing-masing khusyuk menyiapkan tugasan karya yang diberikan..


Ust Farid Rashidi [penulis berambut pendek] turut mencuba untuk melukis..

Hang Jebat khusyuk menyiapkan karyanya..


Slot membedah karya oleh Ust Nasrul (Lagendaseni) & Ust Alias (Menoufiaz)


Antara karya yang dihasilkan peserta dikomen untuk penambahbaikan..




Ust Nas menunjukkan teknik melukis cermin mata..






Ust Syazwan kita.. orang Tanta..


Ust Rushdi (Tebuan Kota) Sibuk menyiapkan artwork beliau..


Caq pun melukis sebab nak dapat hadiah..


Ust Zulhilmi (Pengerusi DPM Tanta) turut serta..


Teknik melukis rambut la plak..


Macamana nak lukis kopiah pun diajar..


Seterusnya Slot Digital Colouring oleh Ust Alias..

Peserta sedang mempraktikkan teknik mewarna secara digital menggunakan adobe photoshop..






Akhawat turut tidak ketinggalan walaupun berk


Pengarah Bengkel BAKAT '10. Ust Abdul Quddus..


Turut bersama Ibnu Reza (Ust Iman)


Ust Azlan Hj Alias menyempurnakan majlis penutup.






Hadiah kepada pelukis terbaik. Saudara Muhammad.


Digital Colouring terbaik, saudari Saadah.

Dan yang terakhir cenderahati buat perasmi.



0 komen mengomen :: Bengkel Komik & Grafik [BAKAT '10] di Tanta

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers