Tarawikh 8 atau 20? Mana satu pilihan hati..

Ramadhan sudah masuk hari yang ke 3. Alhamdulillah, Allah masih bagi kesempatan untuk berpuasa dan bersolat tarawih. Solat tarawikh satu-satunya solat yang dilakukan setiap malam selepas isya' di bulan Ramadhan yang tidak ada pada bulan-bulan lain. Kalau puasa, kita boleh je nak puasa sunat bila-bila kan?

Tapi yang menjadikan ia lebih istimewa ialah bilangan rakaatnya. Ada sesetengah orang menggunakan pendapat untuk bersolat terawikh 8 rakaat ada pula ingin mengambil serta melakukan 20 rakaat atas kemampuan masing-masing.



Khilaf/bercanggah orang zaman sekarang berapakah rakaat sebenar bagi solat terawih? Ada setengah yang mengatakan 8 rakaat kerana Rasulullah s.a.w. melakukannya ketika bersama para sahabat hanya 8 rakaat sahaja. Sebahagian yang lain pula mengatakan 20 rakaat.

Bagi mereka yang mengatakan solat terawih adalah 8 rakaat mereka mengambil hujah daripada kisah yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. yang melakukannya lalu para sahabat mengikuti.



Namun dalil dan hujah banyak menunjukkan solat terawih itu 20 rakaat. Akan disebutkan sebahagian sahaja di sini, antaranya :

Di dalam kitab fekah Hasyiah Baijuri, Imam Baijuri menulis di dalam kitabnya bahawa Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat ketika itu melakukan solat terawih sebanyak 20 rakaat dangan cara 8 rakaat secara berjamaah dan baki rakaat, Baginda s.a.w. dan sahabat melakukannya di rumah masing-masing.

Imam Syafi'e berkata : Kami mendapati umat Islam di Mekah melakukan solat terawih sebanyak 20 rakaat.

Daripada Malik bin Anas daripada Yahya bin Abi Sa'id Al-Ansori berkata sesungguhnya Umar Al-Khattab mengarahkan manusia ketika itu untuk solat terawih 20 rakaat.

Justeru, tiada masalah untuk melakukan solat terawih sebanyak 20 rakaat kerana terdapat banyak hujah yang jelas. Walaupun begitu solat terawih sudah terhasil walaupun hanya melakukan 2 rakaat sahaja.

Jadi, yang mana satu pilihan anda? Kalau aku, solat kat masjid yang diimami Syeikh Arab, solat 8 jer, hehe.. dan rata-rata masjid disekitar Kaherah, Mesir melakukan 8 rakaat terawih dan 3 rakaat untuk solat witir. Tetapi bacaannya panjang.. Lenguh kaki ni ha.. Tapi itulah kelebihan terawih yang hanya ada dalam bulan Ramadhan.

Ingat, dalam bulan Ramadhan, setiap amal kebaikan yang kita lakukan Allah akan gandakan ia 10 kali ganda.

0 komen mengomen :: Tarawikh 8 atau 20? Mana satu pilihan hati..

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers