Ribut Di Jasin Peringatan Untuk Ali Rustam?

Bazar Ramadan di bandar Jasin , Melaka telah dilanda angin ribut yang amat kuat secara tiba-tiba pada hari Jumaat 13 Ogos 2010 sekitar jam 4.45 petang. Terdapat video di Youtube yang menunjukkan khemah-khemah berterbangan ke udara seperti kertas-kertas yang berpusing-pusing.




Ianya semua adalah ketentuan Allah. Fenomena alam juga adalah ketentuan Allah. Angin ribut yang dating secara tiba-tiba ini disebut Squall atau White Squall atau Sumatras dan terbentuk sepanjang pantai selat Melaka,berlaku antara bulan April ke November.

Semua ini ada ketentuan Allah. Mereka yang bijak ialah mereka yang banyak memperingati mati dan membuat persiapan selepas mati.

Pilihan di tangan kita, hendak syurga atau neraka. Hendak syurga kenalah buat amalan ahli syurga. Tak boleh hendak syurga tapi buat amalan ahli neraka.

Malaikat Maut atau Angel of Death menziarahi setiap seorang daripada kita setiap 20 minit , 27 jam sehari , 7 hari seminggu.



"Cadangannya untuk mewujudkan Sekolah Remaja Hamil di Melaka , mungkin ada justifikasi tersendiri. Adakah disebabkan oleh wujudnya bilangan dan kuantiti yang mencukupi , sehingga sebuah sekolah yang dikhususkan untuk remaja yang hamil perlu didirikan dan ditempatkan di suatu lokasi yang khas untuk mereka ini. Adakah ini menandakan memang keadaan ini cukup serius di negeri Melaka ?

Andainya ini terjadi maka adakah ini menunjukkan berlaku keadaan dimana pelanggaran kepada amaran Allah supaya menjauhi zina sudah menjadi amalan biasa di Melaka juga di negara 1Malaysia ?

Dan adakah cadangan kerajaan Melaka mewujudkan talian remaja hamil 06 - 2333333 , adalah satu lagi langkah bagi menjayakan kewujudan Sekolah Remaja Hamil ini , adalah suatu cabaran terhadap larangan perintah Allah ?

Menurut kerajaan Melaka , mengambil iktibar daripada gejala pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi, kerajaan negeri mewujudkan talian khas bebas tol 06-2333333 bagi membantu remaja yang menghadapi masalah mengandungkan bayi luar nikah.Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kesihatan negeri, Datuk Norpipah Abdol berkata, talian tersebut diwujudkan bagi membantu golongan tersebut mendapatkan khidmat nasihat mengenai masalah yang dihadapi.

Adakah tindakan dan langkah kerajaan Melaka ini sudah menimbulkan kemurkaan Allah , maka tanpa mengira mangsanya adalah mereka yang menyokong atau menentang cadangan itu , samada mereka yang terlibat itu terdiri daripada orang – orang beriman , fasik atau munafik , dengan takdirNya musibah dan peringatan kecil ini diturunkan ?

Kita mengucapkan takziah kepada semua mangsa ribut ini. Bersabarlah dengan dugaan Allah ini. Ianya adalah satu peringatan bagi orang – orang yang mempunyai akal dan iman. Semoga ia turut menginsafkan Ketua Menteri , Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang dikatakan melawat keluarga mangsa yang meninggal malam tadi

0 komen mengomen :: Ribut Di Jasin Peringatan Untuk Ali Rustam?

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers